Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.Tambahan pula,ia memberi banyak manfaat.Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian.Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinati percutian.
ANTARA FAEDAH-FAEDAH MELANCONG:
- Dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah dilawati.Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita.
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
- Mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.Anak-anak terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak.
- Memajukan industri pelancongan negara dengan cara melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara.
Kata orang,''jauh perjalanan,luas permandangan'' yang bermaksud semakin banyak kita mengembara,maka semakin banyaklah pengalaman yang ditimba.Janganlah kita menjadi sokong yang membawa rebah.Melanconglah agar kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.